
Bagaimana  pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai  perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan  berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis  Nabi ini :-
Dari  Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang  yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda  mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."
(hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)
(hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)
Dari  Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang  mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita  lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang  membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang  meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
(hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
(hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas  Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia  dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu  adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di  hujung jari."
Mengenai  penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di  hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya  berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada  lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi  penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun  ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut. Jangan sampai kita  menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita  beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti  syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai  pembaca yang budiman.
1 comment:
assalammualakum..
sy ni bukanlah penggemar pemakaian inai apatah lagi yg berbentuk sebuah corak ni...
tp sy agak keliru, justeru kurang bersetuju untuk statement yg dibuat di atas yaitu:
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."
padahal sebelumnya dikatakan:
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
(hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
di mana, kalau sy menangkap maksud di sini, tatu tu adalah gambar yang dilukis di kulit(tubuh) dengan tusukan...bermaksud satu perbuatan seperti kulit dikorek (atau skrg, dilecurkan) bertujuan membuat suatu gmbar yg bersifat 'kekal'..
dan inai tu kn dilukis di atas permukaan kulit sahaja dan bersifat sementara...ibarat kita terconteng tangan kita dengan pen..atau kita mencatit sesuatu pada tapak tangan dengan pen...lama2 dia akan hilang juga
kalau dikatakan inai ni haram or x boleh..mksudnya, bila kita mencatit sesuatu di tangan atau mana2 kulitlah..itu pun dikira haram or x boleh jugak kn...
harap diperjelaskan lagi..terima kasih
Post a Comment