Waktu Solat

Saturday, February 14, 2009

Hari Kekasih @ Valentine’s Day

Bolehkah hari Valentine diraikan oleh umat Islam?

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :
“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur
dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.


Mengapa remaja kita sering menyambutnya?

Remaja kita selalu digembar-gemburkan dengan perbagai perayaan. Mereka lali dan asyik dengan keseronokan yang sementara ini. Walaupun fatwa tentang sambutan Valentine’s Day sering diutarakan oleh media cetak dan media elektronik tetapi pihak media juga yang sering mewar-warkan sambutan Hari Kekasih ini. Banyak iklan-iklan di akhbar-akhbar atau siaran TV yang memperomosikan Valentine’s Day ini malahan membuat pelbagai tawaran istimewa. Kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja seharusnya memainkanperanan dalam memberi mereka ajaran Islam yang secukupmya agar mereka tidak lalai dan hanyut dalam arus pembangunan yang semakin mencabar.

Antara Cerita Tentang Sejarah Hari Kekasih

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine
merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan
kerajaan Islam pada masa itu.


Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari
1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu
hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.


Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita
sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu....



Aku sambut ulang tahun perkahwinan setiap 14 Februari..... ( bukan dirancang tarikh perkahwinan jatuh 14 Feb. hanya kebetulan sahaja sebab masa tu... kelam-kabut nak pi posting di N9 )

1 comment:

Tok Malau ... said...

Hang tak leh sambut tarikh tu ... hang kena cari tarikh kalendar islam masa hang nikah tu dan sambut pada tarikh tu setiap tahun....fatwa ni telah dikeluarkan oleh ... Ahli Majlis Fatwa Team Blogger he.. he..

Related Posts with Thumbnails