tak habis habis dengan makan..
makan itu makan ini...
selagi mata belum pejam asyik makan jeee
lepas makan sibuk sibuk pulak nak timbang badan...
ooooh makin naik lah..iya lah..
dah kau dok asyik makan jee
mana nak kurang berat badan...
Apabila kita hendak makan jangan lupa Pesan Nabi SAW dalam hal makan memakan ni..
1. Rasulullah saw hanya makan apa yang dihidangkan sahaja. Baginda tidak meminta minta barang yang tiada.
2. Baginda saw tidak suka makan hidangan yang masih panas seperti sabdanya"
" Allah tidak memberi makanan kepada kita ,yang berupa api maka dari itu berpalinglah daripada makanan panas "(riwayat baihaki)
3. Baginda saw hanya makan apa yang berhampiran dengannya.
4. Baginda suka makan roti dengan daging,dan suka buah pear.Bahagian kambing yang digemari ialah bahagian lengan dan bahu. Bahagian yang tidak disukai buah pinggang,kemaluan,matsnah.
5. Baginda tidak suka makan bawang merah dan bawang putih.
6. Baginda tidak sama sekali mencela makanan,jika suka baginda memakannya jika tidak baginda meninggalkannya.
7. Setelah selesai baginda akan membasuh tangan hingga bersih dan baginda akan minum dengan tiga kali teguk dan tidak hirup sehingga habis.
8. Baginda tidak bernafas dalam bekas minuman,tetapi menjauhkan mulut dari bekas apabila hendak bernafas..
Ini pesan Nabi, maka amalkanlah, kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua..
Akhir sekali, beringat-ingatlah jika hendak makan pun jangan lah sampai jadi macam nii...
Ini pesan Nabi, maka amalkanlah, kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua..
Akhir sekali, beringat-ingatlah jika hendak makan pun jangan lah sampai jadi macam nii...
2 comments:
fuyoo... ni dah boombastik ni...
tok insaf tengok gambaq ni ...
sok tok mula diet... tobat
taubat
bukan tau buat
Post a Comment