Waktu Solat

Sunday, February 15, 2009

SuAmI, IsTeRi Dan CeRmiN

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri
orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dia orang ni dibina di atas
pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan
di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah
hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawa balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya

tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik

tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je
bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni
taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang
perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

No comments:

Related Posts with Thumbnails