Sebelum aku bertolak ke Bota...... mari kita renung bersama kata-kata ini...
Adakah kita sudah bersedia menghadapi hari yang bakal mendatang... banyak tanda-tanda yang menunjukkan hari itu akan tiba tidak lama lagi. Kita seharusnya bersiap dari sekarang.. tak perlu menunggu hari-hari tua. Kadang-kadang buah yang muda pun akan gugur ke bumi. Persiapkan diri bahawasanya banyak tanda-tanda dunia itu di penghujung nyawa...
1)  Penaklukan Baitulmuqaddis. 
Dari Auf b.  Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:  
  
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari
     
2)  Zina bermaharajalela. 
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang  seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka  pada zaman mereka
inilah kiamat akan  datang.'- Sahih  Muslim  
3)  Bermaharajalela alat muzik. 
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah  runtuh, rusuhan &
perubahan  muka'. Ada yang bertanya  kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah  bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila  telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²  
wanita'- Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi  Fantasia,
Anugerah  Muzik...      
   
4) Menghias masjid &  membanggakannya. 
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat  ialah manusia
bermegahan dalam  mendirikan masjid'-  Riwayat Nasai.
~ memang dah   nampak dah... 
  
5)  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &   
hubungan  dengan tetangga tidak baik. 
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak  
perbuatan & perkataan keji,  memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam  
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak  pasal malu...... 
  
    
6)  Ramai orang soleh meninggal dunia. 
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  Allah mengambil
orang2 yang  baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang  
tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para  ulama'yg tinggal...     
7)  Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat  ialah dunia akan
dikuasai oleh  Luka'bin  Luka'(orang yang *****  & hina).
Maka orang yang  paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani
~ George  Bush, Ariel
Sharon & kat   Malaysia pun ada....  
8)  Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya  sahaja. 
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah  dekatnya hari kiamat
ialah  manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada  orang  
lain kecuali yang  dikenalnya saja.'- Riwayat  Ahmad
~ jiran sesama islam  pon tak bertegur sapa...      
9)  Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya  telanjang. 
Diriwayatkan  dari Abu Hurairah r.a. 'Di  antara anda² telah
hari  kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila  
mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube,  spaghetti strap, g-string etc..)...  
10)  Bulan sabit kelihatan besar. 
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari  kiamat ialah
menggelembung(membesarnya) bulan  sabit.'- Riwayat Thabrani  
~ tak  caya gi tengok...  
  
11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.  
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2  besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum  pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'- Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta,  akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......  
12)Banyak saksi palsu  & menyimpan kesaksian yang benar.  
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari  kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan  kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad
~ tengok kes  peperangan Iraq ...     
13)  Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.  
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'-  Sahih Muslim
Bertaubatlah sebelum terlambat ...............
No comments:
Post a Comment