Waktu Solat
Tuesday, March 31, 2009
Perang Poster & Bendera Di Bukit Gantang
Monday, March 30, 2009
Bible Berbahasa Melayu
Masyarakat Islam di Malaysia perlu berhati-hati dengan tipu daya musuh-musuh Allah yang ingin menyesatkan umat Islam. Peranan kita sebagai ibu bapa perlu memberi pendidikan Islam yang secukupnya kepada anak-anak. Manakala bagi diri remaja sendiri perlu memikirkan yang mana baik dan buruk sebelum membuat sesuatu perkara. Akhir sekali pihak pemerintah perlu menangngani masalah ini agar ianya tidak menjadi parah dalam masyarakat Islam di Malaysia. Wujudkan segera undang-undang yang boleh menjamin agama Islam itu sendiri dan umatnya dari terus tersesat dengan pengaruh-pengaruh musuh Islam yang nyata.
Sunday, March 29, 2009
Saturday, March 28, 2009
Thursday, March 26, 2009
Nasib Si Ikan Pari
Tuesday, March 24, 2009
Hal Ayam....
Sekarang ini, banyak produk-produk yang dikeluarkan oleh orang Islam kita sendiri. Ini menjadi satu alternatif kepada kita untuk mencari produk-produk yang lebih terjamin dari status halal haramnya dan terjamin dari segi kebersihan.
Sebagai contoh pengeluaran AYAM ORGANIK keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. Cadangan yanag amat bernas kerana ayam organik HPA adalah dijamin keHALALANnya dari segi hukum syarak, bukan sahaja kaedah penyembelihan tetapi kaedah penternakannya amatlah diyakini kerana tidak diberi makan dengan sembarangan makanan seperti yang biasa diberi kepada ayam-ayam bukan organik.
Cara penternakannya juga adalah amat berbeza daripada ayam biasa. Secara ringkasnya, ayam organik HPA adalah bebas daripada penggunaan bahan kimia tidak halal, selain itu ianya diberi makanan herba serta bebas daripada penggunaan MSG bagi tujuan menyedapkan rasa yang digunakan dalam kebanyakan produk masa sekarang. Satu perkara lagi yang menarik tentang AYAM ORGANIK HPA ialah ramuannya disenergi dengan herba terpilih yang dikeluarkan khusus kepada semua pengguna Muslim. Kalau anda hendak mengetahui lebih lanjut, lawatilah laman web HPA.com.my yang akan memberi gambaran secara jelas dan nyata mengenai AYAM ORGANIK keluaran HPA Industries Sdn. Bhd.
Sebenarnya banyak lagi produk-produk yang dikeluarkan oleh orang Islam sendiri di negara kita. Hanya kita sebagai pengguna menjadi penentu kearah meningkatkan ekonomi ISLAM itu sendiri.
Monday, March 23, 2009
Taubat bukan tau buat
Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.
Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:
1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.
Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:
1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.
2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
3) Bersegera melakukan taubat nasuha.
4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.
Saturday, March 21, 2009
Hendak Seribu Daya......
Islam tidak menghalang wanita daripada bersukan. Tetapi perlu mematuhi syarak. Kenapa wanita Iran boleh menutup aurat ketika bermain? Apakah alasan yang kita nak beri lagi.....
Ini adalah pasukan sepak takraw wanita di Malaysia. Berseluar pendek , terlompat-lompat macam kera... tidak menutup aurat.
Gambar sukan ketika majlis MSSM..... sepatutnya jika negara kita sebuah negara Islam perlulah kita mendidik para remaja supaya menutup aurat.
Friday, March 20, 2009
Wanita dan lelaki
* Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
* Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
* Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
* Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
* Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
* Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
* Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
* Wanita kurang banyak beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
Adakah ini bermakna Islam tidak adil dan menindas kaum wanita?
Adakah kita perlu terikut-ikut golongan kuffar memperjuangkan 'kemerdekaan wanita'?
Lihatlah di sebalik kenyataannya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerakan, bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
dipost sepenuhnya dari www.ehoza.com
Thursday, March 19, 2009
10 SIKAP BURUK MANUSIA YANG DICELA ALLAH
10 SIKAP BURUK MANUSIA YANG DICELA ALLAH
Syeikh Abdul Kadir Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan tentang 10 celaan ALLAH kepada manusia akibat kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempih kehidupan seharian.
10 celaan itu berdasarkan 10 sikap ynag lazim dilakukan :
1.GELOJOH KETIKA MAKAN
2.BANYAK CAKAP
3.SUKA MARAH-MARAH.
4.HASAD DENGKI
5.KEDEKUT
6.BERMEGAH-MREGAH
7.CINTAKAN DUNIA
8.EGO ATAU SOMBONG
9.UJUB DAN SUKA BANGGA DIRI
10.GEMARKAN PUJIAN ATAU RIAK
10 sikap tersebut dicela Allah,jika diamalkan,akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.
Wednesday, March 18, 2009
Post KeKaDanG KiTe TaK TaK TeRFiKiR PuN....
Sorry.. tak ada masa. Cuti ni pun aku nak jalan-jalan ngan family aku.
RENUNGAN:
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL..
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ...
8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih
baik dan glamour...
TETAPI...
KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN....'ON LOAN'...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'
Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan
amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
Sunday, March 15, 2009
Petua Anak Pintar
PETUA ORANG2 TUA
1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba....
Cara Pembersihan Telinga Dengan Betul
Malah, seseorang juga berkemungkinan mengeluarkan lebih banyak tahi telinga pada sebelah telinga sahaja.
Ini ialah kerana tahap fungsi kelenjar “cerumen” yang terletak di bahagian luaran lubang telinga yang berbeza.
Tahi telinga yang lembut dan berwarna keemasan mempunyai kelebihan dari segi membenarkan gelombang bunyi merentasinya.
Ia juga dapat mengelakkan serangga daripada memasuki bahagian dalam telinga, terutamanya ke bahagian gegendang telinga.
Tahi telinga lembut ini selalunya dapat keluar sedikit demi sedikit dengan sendirinya dan selalunya dapat diperhatikan semasa mengesat di bahagian luar lubang telinga selepas mandi.
Jika seseorang itu menggunakan putik kapas dengan kerap, kebanyakan tahi telinga ini akan dialihkan (ditolak ke dalam) berdekatan gegendang, menyebabkan ia terkumpul dan menjadi kering.
Tahi telinga yang keras, kering dan semakin banyak ini akan mendatangkan kesakitan dan menghalang gelombang bunyi daripada merentasinya. Justeru, pendengaran individu berkenaan akan menjadi semakin berkurangan.
Cara yang baik untuk menjaga telinga ialah dengan hanya membersih bahagian luar lubang telinga menggunakan tuala bersih setiap kali mandi dan bukan menggunakan putik kapas.
Terdapat ubat-ubat tertentu yang boleh mencairkan tahi telinga, tetapi hanya patut digunakan jika disyorkan oleh doktor.
Kadangkala, tahi telinga akan mengembang selepas ubat-ubat ini digunakan dan memerlukan doktor pakar menyedutnya keluar mengunakan mikroskop tanpa mencederakan gegendang telinga.
Ditulis oleh:
Dr Loganathan Athanari
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT),\
Saturday, March 14, 2009
Rahsia Sujud...
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).
Wednesday, March 11, 2009
Syukur
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur "
Rangkap di atas merupakan salat saltu bait2 lagu Raihan... Syukur merupakan ungkapan yang mudah diucap tetapi sukar untuk dilaksanakan.
Dalam sehari berapa kali kita bersyukur kepadaNya,
Dalam seminggu berapa kali kita bersyukur,
Dalam sebulan berapa kali kita bersyukur,
Dalam setahun berapa kali kita bersyukur,
Dalam seumur hidup kita berapa kali kita bersyukur...
Kita mudah alfa dan leka....
Nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita selalu kita lupa..
Kita lupa bahawa
Sihat itu nikmat Allah
Boleh mendengar juga nikmat Allah
Boleh berjalan juga nikmat Allah
Boleh melihat itu nikmat Allah
Boleh bekerja itu Nikmat Allah
Setiap nikmat yang kita terima ini ... adakah kita pernah bersyukur?
Berepa kali kita sujud syukur kepada Allah sebagai tanda syukur kita kepada ALLAH.
Tuesday, March 10, 2009
9 petua untuk mencapai doa yang mustajab
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia
tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."
Monday, March 9, 2009
WHI
Rancangan ini membicarakan tentang sambutan maulidur rasul. Apa yang menjelakkan aku ialah pengacaranya yang hanya bijak berbicara tentang kelahiran rasulullah ttp mereka sendiri tidak menutup aurat. Apakah mereka lupa bagaimana rasulullah s.a.w terpaksa dicaci,dihina, cuba dibunuh dalam menyebar agama yang suci ini?
Dalam slot ini juga ada menemubual remaja-remaja kita tentang kelahiran rasulullah serta perjuangannya. Remaja kita seolah-olah lupa tentang bandingan kita dengan rasulullah. Ada seorang remaja itu hanya menyebut rasulullah sebagai DIA. " dia sanggup berkorban .... , dia yang memperjuangkan agama ini..... ". Sepatutnya kita yang cintakan rasulullah harus memanggil rasulullah denga kata-kata yang baik umpamanya BAGINDA yang merujuk kepada diri rasulullah s.a.w sendiri.
Aku....
Walaupun blog aku HARUBIRU... janganlah kita harubiru diri kita dari pengetahuan agama Islam kita sendiri. Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita tingkatkan iman kita dan muhasabah diri kita agar perjalanan hidup kita di dunia ini tidak sia-sia.
sekian ... wasalam
Isteri Idaman
Kriteria isteri idaman adalah:
1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.
2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.
3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.
4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.
5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain…
Amacam bloggers.. ada berani kaaa
TUNJUK PANDAI
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun,
maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."
"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia
tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.
Saturday, March 7, 2009
Peristiwa Bulan RabiulAwal
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Tetapi sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw di antara tentera Islam dan tentera kuffar. Di antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Renungkanlah... betapa sukarkan Islam itu hendak tertegak... tetapi manusia kini leka, lalai dan asyik dengan keseronokan duniawi. Sehingga ada yang sanggup mengadai maruah diri malahan yang lebih parah mengadaikan maruah Islam itu.... Insaflah wahai manusia... bertaubatlah sebelum terlambat. Pintu taubat itu masih terbuka..
Makna Politik bagi sorang kanak-kanak
Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami". Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.
Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik". Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan".
Adakah situasi ini membawa maksud sebenar politik kita?
Renungkan...
Friday, March 6, 2009
Tanda Rezeki Tidak Berkat
Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:
1 - Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.
2 - Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.
3 - Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tindak mementingkan ibadah.
4 - Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.
5 - Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.
6 - Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.
Justeru itu, umat Islam harus merenung dan mengambil iktibar jika berlaku insiden yang terpaksa mengeluarkan wang seperti kereta atau motosikal baru rosak, alat elektrik di rumah tidak berfungsi, anak tiba-tiba sakit memerlukan rawatan yang memerlukan belanja yang tinggi dan seumpama dengan nya.Mayat keluar peluh
tua dikeluarkan dari peti simpanan mayat untuk
dikebumikan.....
apabila dikeluarkan....
ada air mengalir di muka mayat orang tua tersebut..seakan peluh....
dengan rasa ketakutan...
cucu orang tua itu pon memanggil isteri kepada si mati...
'Nenek! muke atuk kuar peluh!' lalu si nenek dengan tenang merapati
cucunya dan berkata................
'Atuk kamu baru 1st time meninggal...mestila dia nervous sket....'
Thursday, March 5, 2009
Khasiat Makan Kismis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
Tok Malau .... aku dah promosi kismis hang baik punya... tak kan tak ada komisen kot?
15 Tanda Tanda Orang Malas
2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.
8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.
9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.
10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.
Toyota Baru
dengar cerita Mat Lanun nak beli kereta baru..
daripada beli exora baik beli kereta brand toyota
aku cadang .. mat lanun nak beli kereta ni
aku jamin... baik punya
jaminan seumur hidup.
keistimewaan:
* free petrol
* free roadtax
* tak perlu insuran
* jumlah penumpang ikut suka hati
* kelajuan 250 km/j
KHAS UNTUK MAT LANUN
Wednesday, March 4, 2009
Sakit Mental
Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.
Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.
“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.
“Baik Doktor Ahmad sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.
Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).
“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor
“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.
“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor tu pada Ahmad.
“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.
“Ye laaa” jawab Doktor.
“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad
“mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Doktor
berpuas hati.
Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.
“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil balik Ahmad.
“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.
“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya
panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba
“mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.
“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
2. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4. Tidak membaca Al-Quran.
5. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6. Mengumpat dan mengata.
7. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10.Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
Pakai mandi Terkini...
Tuesday, March 3, 2009
Berapa kali Malaikat Maut menziarahi kita?
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, di dapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairan nya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawa nya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.
Ingatlah bahawa kematian itu sentiasa hampir dengan kita.
Manusia tidak akan terlepas dari kematian...
Apabila tiba masanya tidak terlewat seminit mahu pun sesaat...
Enam pesanan khusus utk wanita
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi Salawatu Alai Wasalam di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi Salawatu Alai Wasalam sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi Salawatu Alai Wasalam saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah SubhanAllah Wa Taala atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.
Monday, March 2, 2009
Siapa Hebat..
Man : Bapa aku hebat. dia polis. semua orang takut dengan dia.
Ali : Elehh, bapa aku lagi terer. kalu dia suruh tunduk, mesti
orang tu tunduk.
Man : wow!!! bapa ko keje apa??
Ali : Tukang gunting rambut.......
Dua orang kaya dan pemandunya
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."
Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."
King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.
Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"
Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"
Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.
Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.
Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"
Sunday, March 1, 2009
BuRUnG Ape??burUng MuraI
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! (Sibapak tampor)
Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!! (meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru kau tahu! Udah!!! Jgn permainkan orang tua-tua... tak baik!!!!