Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, di dapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairan nya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawa nya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.
Ingatlah bahawa kematian itu sentiasa hampir dengan kita.
Manusia tidak akan terlepas dari kematian...
Apabila tiba masanya tidak terlewat seminit mahu pun sesaat...
No comments:
Post a Comment