Waktu Solat

Friday, March 6, 2009

Tanda Rezeki Tidak Berkat

Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:

1 - Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.

2 - Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.

3 - Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tindak mementingkan ibadah.

4 - Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.

5 - Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.

6 - Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.

Justeru itu, umat Islam harus merenung dan mengambil iktibar jika berlaku insiden yang terpaksa mengeluarkan wang seperti kereta atau motosikal baru rosak, alat elektrik di rumah tidak berfungsi, anak tiba-tiba sakit memerlukan rawatan yang memerlukan belanja yang tinggi dan seumpama dengan nya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails