Baru-baru ini kita di gembar-gemburkan dengan cara penyembelihan ayam yang tidak mengikut kaedah syarak. Adakan hal ini baru berlaku atau sudah berkurun-kurun? Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah kita sebagai pengguna yang tidak mahu mengambil tahu status haram atau halal sesuatu barang, ataupun pihak penguasa yang kurang menjalankan pemantauan. Tepuk dada tanyalah iman bukan tanya selera.
Sekarang ini, banyak produk-produk yang dikeluarkan oleh orang Islam kita sendiri. Ini menjadi satu alternatif kepada kita untuk mencari produk-produk yang lebih terjamin dari status halal haramnya dan terjamin dari segi kebersihan.
Sebagai contoh pengeluaran AYAM ORGANIK keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. Cadangan yanag amat bernas kerana ayam organik HPA adalah dijamin keHALALANnya dari segi hukum syarak, bukan sahaja kaedah penyembelihan tetapi kaedah penternakannya amatlah diyakini kerana tidak diberi makan dengan sembarangan makanan seperti yang biasa diberi kepada ayam-ayam bukan organik.
Cara penternakannya juga adalah amat berbeza daripada ayam biasa. Secara ringkasnya, ayam organik HPA adalah bebas daripada penggunaan bahan kimia tidak halal, selain itu ianya diberi makanan herba serta bebas daripada penggunaan MSG bagi tujuan menyedapkan rasa yang digunakan dalam kebanyakan produk masa sekarang. Satu perkara lagi yang menarik tentang AYAM ORGANIK HPA ialah ramuannya disenergi dengan herba terpilih yang dikeluarkan khusus kepada semua pengguna Muslim. Kalau anda hendak mengetahui lebih lanjut, lawatilah laman web HPA.com.my yang akan memberi gambaran secara jelas dan nyata mengenai AYAM ORGANIK keluaran HPA Industries Sdn. Bhd.
Sebenarnya banyak lagi produk-produk yang dikeluarkan oleh orang Islam sendiri di negara kita. Hanya kita sebagai pengguna menjadi penentu kearah meningkatkan ekonomi ISLAM itu sendiri.
5 comments:
kawan baik aku si kaki ayam tu ok..dia halal memanjang...
tapi tok nak habaq ayam tu dah 'ghuyub' dengan kaki-kakinya sekali, dengo cita dah jadi ayam pencen..ahaks
Tahniah cam agen HPA le hang haru biru... tapi setiap artikel berkenaan HPA kena mintak izin dari Wak Jenal The Diamond HPA...AP..he..he..
Promosi ... belilah ayam yang disembelih oleh Kilang Ayam Global Ikhwan Sdn Bhd Lahaar Yoi Penang..disembelih 100% mengikut syarak..
makan ayam tak pa tapi jangan makan blog kaki ayam sudah...
Post a Comment