Waktu Solat

Monday, March 9, 2009

WHI

Wanita Hari Ini.. (WHI)

Rancangan ini membicarakan tentang sambutan maulidur rasul. Apa yang menjelakkan aku ialah pengacaranya yang hanya bijak berbicara tentang kelahiran rasulullah ttp mereka sendiri tidak menutup aurat. Apakah mereka lupa bagaimana rasulullah s.a.w terpaksa dicaci,dihina, cuba dibunuh dalam menyebar agama yang suci ini?

Dalam slot ini juga ada menemubual remaja-remaja kita tentang kelahiran rasulullah serta perjuangannya. Remaja kita seolah-olah lupa tentang bandingan kita dengan rasulullah. Ada seorang remaja itu hanya menyebut rasulullah sebagai DIA. " dia sanggup berkorban .... , dia yang memperjuangkan agama ini..... ". Sepatutnya kita yang cintakan rasulullah harus memanggil rasulullah denga kata-kata yang baik umpamanya BAGINDA yang merujuk kepada diri rasulullah s.a.w sendiri.

Aku....
Walaupun blog aku HARUBIRU... janganlah kita harubiru diri kita dari pengetahuan agama Islam kita sendiri. Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita tingkatkan iman kita dan muhasabah diri kita agar perjalanan hidup kita di dunia ini tidak sia-sia.

sekian ... wasalam

1 comment:

sayaseekorarnab said...

hujah yang benar2 tepat..
ramai yg x amik berat perihal nih..
pesan ustaz ismail din,
kalu kita benar2 ingin syafaat nabi s.a.w..
hormatilah baginda (termasuk isteri2, anak2 cucu, sahabat dll) dengan semulia-mulianya..

Related Posts with Thumbnails