Penghasilan tahi telinga adalah berlainan pada individu yang berlainan. Sebagai contoh, individu A mungkin mengeluarkan lebih banyak tahi telinga daripada individu B.
Malah, seseorang juga berkemungkinan mengeluarkan lebih banyak tahi telinga pada sebelah telinga sahaja.
Ini ialah kerana tahap fungsi kelenjar “cerumen” yang terletak di bahagian luaran lubang telinga yang berbeza.
Tahi telinga yang lembut dan berwarna keemasan mempunyai kelebihan dari segi membenarkan gelombang bunyi merentasinya.
Ia juga dapat mengelakkan serangga daripada memasuki bahagian dalam telinga, terutamanya ke bahagian gegendang telinga.
Tahi telinga lembut ini selalunya dapat keluar sedikit demi sedikit dengan sendirinya dan selalunya dapat diperhatikan semasa mengesat di bahagian luar lubang telinga selepas mandi.
Jika seseorang itu menggunakan putik kapas dengan kerap, kebanyakan tahi telinga ini akan dialihkan (ditolak ke dalam) berdekatan gegendang, menyebabkan ia terkumpul dan menjadi kering.
Tahi telinga yang keras, kering dan semakin banyak ini akan mendatangkan kesakitan dan menghalang gelombang bunyi daripada merentasinya. Justeru, pendengaran individu berkenaan akan menjadi semakin berkurangan.
Cara yang baik untuk menjaga telinga ialah dengan hanya membersih bahagian luar lubang telinga menggunakan tuala bersih setiap kali mandi dan bukan menggunakan putik kapas.
Terdapat ubat-ubat tertentu yang boleh mencairkan tahi telinga, tetapi hanya patut digunakan jika disyorkan oleh doktor.
Kadangkala, tahi telinga akan mengembang selepas ubat-ubat ini digunakan dan memerlukan doktor pakar menyedutnya keluar mengunakan mikroskop tanpa mencederakan gegendang telinga.
Ditulis oleh:
Dr Loganathan Athanari
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT),\
1 comment:
salam sejahtera.
saya ingin menanyakan sesuatu mengenai telinga. telinga saya mengalami tahi kering kerana saya sering membersihkan telinga menggunakan kapas. semakin lama telinga saya semakin sakit. saya masukkan beberapa titik air dari paip then keluarkannya tetapi telinga saya masih lg dlm kesakitan. saya menggunakan kapas untuk membersihkannya tetapi rasa sakit bila memasukkannya dan mendapati ad cebisan darah, darah itu tidak banyak hanya sedikit. saya hanya dapat mendengar dengan volume yg sgt slow.. apakah yang harus saya lakukan?
Post a Comment