Waktu Solat

Friday, March 20, 2009

Wanita dan lelaki

Tahukah anda?

* Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

* Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

* Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

* Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

* Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

* Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

* Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.

* Wanita kurang banyak beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


Adakah ini bermakna Islam tidak adil dan menindas kaum wanita?

Adakah kita perlu terikut-ikut golongan kuffar memperjuangkan 'kemerdekaan wanita'?

Lihatlah di sebalik kenyataannya..


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerakan, bukan?

Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

dipost sepenuhnya dari www.ehoza.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails