Waktu Solat
Sunday, October 31, 2010
Download Movie,Software,Magazine And Game
Mai kita download.....
Ada cerita, game, majalah dan software..
Mai tengok jangan tak tengok
Sila klik kat sini
Friday, October 29, 2010
Elak perangkap riya'
1. Riya' yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada amalan dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya', seseorang itu tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.
2. Riya' yang tidak jelas dan tersembunyi. Jika kerana riya' saja dia tidak melakukan ibadat, misalnya seorang yang biasa bersolat tahajud, kadangkala diselubungi kemalasan, tetapi apabila ada teman atau tamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula.
Ibadatnya itu didorong sedikit oleh riya' yang tidak jelas dari dalam dirinya. Riya' yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi menjejaskan nilai pahalanya mengikut kadar riya' terbabit.
3. Riya' yang lebih tersembunyi dan terlalu samar. Riya' ini bukan yang mendorong amal ibadat atau berasa ringan untuk beribadat, namun sifat itu terpendam di dalam diri.
Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa bangga dengan pujian.
Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan riya', malah benci kepada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu diketahui orang, dia berasa gembira.
Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi dan tidak mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya' seperti ini tidaklah merosakkan pahala amalan terbabit.
Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai hati bersih lagi halus sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya' lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam di waktu malam.
Semua ini untuk menjelaskan betapa perlunya kita sentiasa berwaspada daripada terperangkap dengan riya'.
Jika mengatasi riya' yang jelas, belum tentu terselamat dari riya' yang kurang jelas, malah jika di peringkat terbabit janganlah pula berasa diri terselamat dari segala bentuk riya'.
Thursday, October 28, 2010
Faedah Wuduk Dari Sudut Kesihatan
1)Mengembalikan kecerdasan badan dan akal, menggerakkan hati dan memperkuatkan pergerakan pernafasan.
2)Badanyang sihat dari jiwa yang tenteram. Orang yang mengekalkan wudukberjiwa tenteram, tidak mudah marah. Dengannya menjauhkan dia daripadasebarang penyakit kerana penyakit berpunca daripada perut ( hati ).
3)Denganmenyedut air bersih ke dalam hidung, ia dapat membersihkan lubanghidung yang menjadi laluan pernafasan. Ia penting untuk mengelakdaripada jangkitan kuman.
4)Membasuh muka, telinga dantangan boleh mengelakkan seseorang itu daripada sebarang penyekit kulitatau penyakit yang dibawa oleh bakteria.
5)Sentiasa bersih dalam wuduk akan mencerahkan dan memudahkan menghafaz.
Wednesday, October 27, 2010
Mencari bakal isteri menurut Iman Ghazali
-Imam Ghazali-
* wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.
* wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
* wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
* wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
* wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
Monday, October 25, 2010
9 sikap wanita yang disukai lelaki
Keanak-anakkan
Penuh Pengertian
Menghargai
Menjaga Penampilan
Pandai berbicara
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Menghormati Diri Sendiri
Simpati dan prihatin
Sunday, October 24, 2010
Bank Soalan .....!
Blog khusus untuk cikgu-cikgu....
Ada koleksi soalan mata pelajaran UPSR
Ada juga Rancangan Tahunan .......
Awal tahun nanti... tak susah-susah cikgu-cikgi nak cari rancangan tahunan !
Kalau berminat sila klik kat banksoalanupsr
Saturday, October 23, 2010
Tujuh ayat cinta
Adakah dirimu mengerti apa yang dinamakan CINTA…
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2...Alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquataillahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah : bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
Friday, October 22, 2010
Konsep Qadha Dan Qadar
1. Beriman dengan Qadha dan Qadar mengikut pandanganUlama ialah dengan memahami dua perkara iaitu memahami hak Allah sebagai al-Khalik ( Pencipta ) dan hak manusia sebagai makhluk.
2. Hak Allah sebagai al-Khalik ialah :
a- Meyakini bhw semua yg berlaku sama ada baik atau buruk adalah ketetapan yg telah tercatat di Luh Mahfuz lagi.
b- Meyakini bhw Allahlah yg mencipta segala sesuatu yg di langit dan di bumi.
c- Meyakini bhw semua yg berlaku adalah dgn kehendak Allah.
d- Melayaki bhw ilmu Allah meliputi segala sesuatu yg berlaku di alam maya ini.
3. Hak manusia sebagai makhluk ialah :
a- Meyakini bhw manusia dikehendaki beramal dan berusaha selama mana berada di muka bumi.
b- Meyakini bhw manusia mempunyai kemahuan dan pilihan terhadap perbuatan dan keputusan yg dibuatnya sendiri.
c- Meyakini bhw manusia akan dipertanggungjawabkan dihadapan mahkamah Allah atas segala perbuatan baik dan buruk hasil drp pilihannya sendiri.
4. Jika kita memahami konsep Qadha dan Qadar tersebut, ia akan mendidik diri utk sentiasa bersangka baik terhadap segala yg telah ditetapkan oleh Allah. Ia juga akan melahirkan rasa tenang dan redha dgn segala yang telah ditentukan oleh Allah tanpa keluhan tau rungutan.
5. Selain itu, ia akan mendorong kita utk berfikir menggunakan akal anugerah Allah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dlm membuat sebarang keputusan dan pilihan sepanjang hayat. Dgn kemahuan dan pilihan yg diberi, kita akan berusaha gigih memilih jalan-jalan kebaikan danmeninggalkan jalan maksiat dan sesat.
Thursday, October 21, 2010
Wednesday, October 20, 2010
LAPAN SYARAT TAQWA
Untuk membaiki diri agar menjadi orang soleh atau orang bertaqwa, ada 8 syarat yang perlu ditempuhi:
1. Dapat petunjuk (hidayah) dari ALLAH
2. Faham tentang Islam
3. Yakin dengan Islam
4. Melaksanakan ajaran Islam
5. Sanggup bermujahadah
6. Istiqamah beramal
7. Ada pemimpin yang mursyid
8. Berdoa kepada ALLAH
Monday, October 18, 2010
Sesuatu Yang Mahal
Sesuatu yang mahal itu......
Bukanlah emas...
Atau pun belian...
Atau pun zamrud...
Atau pun apa jua permata yang terdapat di dunia ini...!
Tetapi Suatu yang mahal itu ialah ..................?
Aqidah Kita
Ianya susah dijaga tetapi senang dirosakkan
Maka jagalah Aqidah kita sebaik-baiknya....
Jika aqidah kita terpesong..... Nerakalah kita untuk selama-lamanya
Suasana sekarang ini kita sering kena mempertahankan aqidah kita
Walau pun apa jua org kata
Yang penting pastikan Aqidah kita selamat........!
Sunday, October 17, 2010
Pernah tak dapat bil daripada ...........?
Hanya sekadar cerita....
Jadikan ianya pedoman dan tauladan
Semoga dapat menginsafkan diri kita..
Seorang lelaki berusia kira-kira 70 tahun, menghidap prostate cancer, jadi dia tidak dapat membuang air..Seorang doktor memberitahunya bahawa dia perlu menjalani suatu pembedahan untuk menyembuhkan penyakitnya..Dia bersetuju untuk menjalani pembedahan tersebut memandangkan masalahnya itu membuatkannya berada dalam kesakitan selama beberapa hari yang lepas..Selepas pembedahan dijalankan, doktor tersebut memberikannya bil rawatan yang perlu dibayarnya untuk segala kos mengubatinya..Lelaki tersebut merenung bil tersebut dan mula menangis..
Melihatkan keadaan lelaki tersebut, doktor berkata, " Pak cik, kalo bayarannya mahal sgt untuk pakcik, pihak kami boleh cuba mengatur sesuatu untuk pak cik"..
Lelaki itu menjawab, " Pak cik bukan menangis sebab takde duit, tapi pak cik menangis sebab Allah bagi pak cik 'buang air' selama 70 tahun tapi Dia tak pernah hantar bil pun selama ni."
Saturday, October 16, 2010
Friday, October 15, 2010
10 NASIHAT IMAM HASAN AL BANA
1. Dirikanlah solat,saat setiap kali engkau mendengar suara azan dalam keadaan apapun.
2. Bacalah Al-quran, tela'ah isinya,dengarkan dan berzikirlah kepada Allah,jangan gunakan sebahagian waktumu untuK hal-hal yang tidak bermanfa'at.
3. Bersungguh-sungguhlah dalam berbahasa arab "fushah" kerana itu termasuk syiar Islam.
4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun,kerana bersikap hipokrit tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa,kerana hati yang maushul kepada Allah adalah hati yang tenang dan stabil.
6. Jangan bercanda,kerana umat yang bersungguh-sungguh tidak mengenal apapun selain kesungguhan.
7. Jangan keraskan suaramu melebihi had pendengar, kerana hanya akan menyakitkan orang lain.
8. Jauhi melukai perasaan orang lain,dan janganlah engkau berbicara kecuali yang baik.
9. Lakukan ta'aruf (perkenalan) dengan saudara-saudara yang kau temui,meskipun mereka tak menuntutmu demikian,sesungguhnya kaedah dakwah kita adalah cinta dan saling mengenal.
10. Kewajiban kita jauh lebih banyak dari pada waktu yang tersedia, maka bantulah orang lain untuk memanfatkan waktunya, kalau engkau punya keperluan,maka segera tunaikannya.
Thursday, October 14, 2010
SYIRIK
Tuesday, October 12, 2010
Rahsia Kelebihan Air Zam-Zam
Rahsia kelebihan air zamzam
- Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
- Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
- Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
- Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
- Antara mata air syurga.
- Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
- Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
- Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
- Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
- Minuman orang mulia (al-abrar).
- Menambah kekuatan badan.
Monday, October 11, 2010
Blog Tentang Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan
Blog tentang hal PJK dan sukan...
Ada ilmu CPR, nota pertolongan cemas dan macam-macam lagi
Sila klik kat zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com
3 Manfaat Wajah Kurang Kacak/Cantik
1. Tidak ada gangguan dalam kehidupan
Mereka yang berwajah kurang kacak/cantik ini kebanyakannya jarang akan diganggu oleh peminat-peminat mereka..mereka juga ada banyak masa terluang untuk melakukan perkara penting dalam hidup mereka..bayangkan seseorang yang kacak/cantik..mesti mempunyai ramai peminat..dan mereka yang agak perasan kacak/cantik ini selalunya akan melayan semua peminat-peminat mereka sehinggakan mereka tak sempat melakukan tugasan harian mereka.
2. Tidak mudah patah hati
Mungkin dengan rasa diri mereka kurang dari segi ketampanan/kecantikan..jadi orang-orang begini tidak akan terlampau berharap dengan pasangan mereka..ini kerana mereka merasakan masih ramai lagi yang kacak/cantik di luar sana dan tidak mustahil pasangan mereka akan meninggalkan mereka. jadi dengan jangkaan awal itu, membuatkan mereka telah bersiap sedia dari awal lagi...
3. Mendapat jodoh yang setia dan betul-betul mencintainya
bagi orang yang kurang kacak/cantik ni..akan nampak paling kacak/cantik di hadapan pasangan mereka.. ini juga dapat membuktikan bahawa pasangan memang betul-betul mencintainya..tanpa mengira rupa paras...kemungkinan jodoh orang-orang ini akan bertahan lebih lama berbanding dengan orang yang berkahwin berdasarkan rupa paras..ini kerana jika suatu hari rupa paras itu ditarik balik..bagaimana la keadaan pada si kacak/jelita???
~~~cantik dari segi dalaman adalah lebih baik dari cuma cantik dari luaran tapi dalaman buruk tingkahnya...renung-renungkan...~~~
Friday, October 8, 2010
Adab Sembelihan secara Islam
Sunat dalam penyembelihan
Thursday, October 7, 2010
Jiwa Tidak Tenang
Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang :
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Wednesday, October 6, 2010
Ketenangan Hati
Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh baik dan jahat.
* Rasa senang apabila ia dipuji.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Tuesday, October 5, 2010
Kita Pasti Akan Di Jemput
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru wahai sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar Solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi!
~Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru
Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu
buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!
Monday, October 4, 2010
Mengelakkan Sikap Takabbur
Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :
1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Sunday, October 3, 2010
Panduan Menutup Aurat Bagi Wanita
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu."
BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERLIHATKAN?
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud).
MUKA DAN TANGAN: Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)
Di dalam Surah An Nisaa: Ayat 34, Allah S.W.T Berfirman:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita."
Di dalam Surah Al-A'raf: ayat 26, Allah S.W.T Berfirman:
"Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.
MUKA DAN LEHER: "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu."
a) Bersolek (Make Up)
b) Menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah"
DADA: "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka."
WANGIAN: "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."
KAKI (Tumit Kaki): "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (An Nur: 31)
a) Menampakkan kaki.
b) Menghayunkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki.
KEPADA SIAPA AURAT WANITA BOLEH DIPERLIHATKAN?
"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan." (An Nur: 31)