Waktu Solat

Sunday, October 17, 2010

Pernah tak dapat bil daripada ...........?


Hanya sekadar cerita....

Jadikan ianya pedoman dan tauladan

Semoga dapat menginsafkan diri kita..

Seorang lelaki berusia kira-kira 70 tahun, menghidap prostate cancer, jadi dia tidak dapat membuang air..Seorang doktor memberitahunya bahawa dia perlu menjalani suatu pembedahan untuk menyembuhkan penyakitnya..Dia bersetuju untuk menjalani pembedahan tersebut memandangkan masalahnya itu membuatkannya berada dalam kesakitan selama beberapa hari yang lepas..Selepas pembedahan dijalankan, doktor tersebut memberikannya bil rawatan yang perlu dibayarnya untuk segala kos mengubatinya..Lelaki tersebut merenung bil tersebut dan mula menangis..

Melihatkan keadaan lelaki tersebut, doktor berkata, " Pak cik, kalo bayarannya mahal sgt untuk pakcik, pihak kami boleh cuba mengatur sesuatu untuk pak cik"..

Lelaki itu menjawab, " Pak cik bukan menangis sebab takde duit, tapi pak cik menangis sebab Allah bagi pak cik 'buang air' selama 70 tahun tapi Dia tak pernah hantar bil pun selama ni."

Subhanallah! Jarang sekali kita berterima kasih pada Allah atas segala2 nikmat yang kita perolehi terutamanya apabila kita masih sihat untuk melakukan banyak perkara..Allah Maha Besar..(kita biasanya lebih menghargai sesuatu apabila kita kehilangan akan 'sesuatu' itu)

No comments:

Related Posts with Thumbnails