Jika kita dilahirkan dalam keadaan yang kurang kacak atau pun kurang cantik..janganlah kita bersedih...meskipun semua ini ada hikmah disebaliknya...kita harus bersyukur dengan setiap apa yang dianugerahkan kepada kita..sebagai hamba Allah..kita patut berterima kasih kerana dikurniakan di dalam keadaan yang cukup sifat..sedangkan ada ramai yang kurang dari segi fizikalnya...ini adalah antara manfaat buat yang kurang kacak/cantik ni...
1. Tidak ada gangguan dalam kehidupan
Mereka yang berwajah kurang kacak/cantik ini kebanyakannya jarang akan diganggu oleh peminat-peminat mereka..mereka juga ada banyak masa terluang untuk melakukan perkara penting dalam hidup mereka..bayangkan seseorang yang kacak/cantik..mesti mempunyai ramai peminat..dan mereka yang agak perasan kacak/cantik ini selalunya akan melayan semua peminat-peminat mereka sehinggakan mereka tak sempat melakukan tugasan harian mereka.
2. Tidak mudah patah hati
Mungkin dengan rasa diri mereka kurang dari segi ketampanan/kecantikan..jadi orang-orang begini tidak akan terlampau berharap dengan pasangan mereka..ini kerana mereka merasakan masih ramai lagi yang kacak/cantik di luar sana dan tidak mustahil pasangan mereka akan meninggalkan mereka. jadi dengan jangkaan awal itu, membuatkan mereka telah bersiap sedia dari awal lagi...
3. Mendapat jodoh yang setia dan betul-betul mencintainya
bagi orang yang kurang kacak/cantik ni..akan nampak paling kacak/cantik di hadapan pasangan mereka.. ini juga dapat membuktikan bahawa pasangan memang betul-betul mencintainya..tanpa mengira rupa paras...kemungkinan jodoh orang-orang ini akan bertahan lebih lama berbanding dengan orang yang berkahwin berdasarkan rupa paras..ini kerana jika suatu hari rupa paras itu ditarik balik..bagaimana la keadaan pada si kacak/jelita???
~~~cantik dari segi dalaman adalah lebih baik dari cuma cantik dari luaran tapi dalaman buruk tingkahnya...renung-renungkan...~~~
No comments:
Post a Comment