Waktu Solat

Friday, October 8, 2010

Adab Sembelihan secara Islam


Hukum menyembelih

Hukum menyembelih adalah wajib keatas haiwan yang halal untuk dimakan dagingnya. Bagi haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak diistilahkan sebagai bangkai dan najis.
Sembelihan Halal ialah dengan menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan cara memutuskan urat halkum (saluran udara) dan urat mari’ (saluran makanan/minuman) (mengikut mazhab As-Syafie) dengan menggunakan alatan tertentu yang tajam dengan niat kerana Allah SWT.

Rukun Sembelihan

1. Penyembelih. Hendaklah seorang Muslim, mumayyiz dan berniat menyembelih. Sembelihan yang tidak disengajakan adalah tidak sah.
2. Binatang yang disembelih. Binatang yang Halal, masih hidup (mempunyai Hayat Mustaqirrah) dan wajib memutuskan urat Mari’ dan Halqum.
3. Alat Sembelihan – Mestilah tajam dan boleh mengalirkan darah kecuali yang diperbuat dari tulang, kuku dan gigi.
4. Proses menyembelih – Niat kerana Allah, sembelih di leher dan haiwan tersebut mati semata- mata disebabkan penyembelihan.

Sunat dalam penyembelihan


1. Menghadap Kiblat kerana ia semulia-mulia pihak
2. Menyebut nama Allah : “Bismillah”
3. Menenangkan haiwan yang hendak disembelih
4. Mengendalikan haiwan tersebut dengan cermat
5. Menajamkan mata pisau
6. Menyembelih dengan mantap
7. Memberi minum sebelum disembelih

Makruh dalam penyembelihan
1. Tidak menyebut nama Allah
2. Tidak Menghadap kiblat
3. Mengasah pisau di hadapan haiwan sembelihan
4. Menyembelih haiwan di hadapan haiwan lain
5. Menyembelih dari belakang tengkuk,
6. Mengendalikan haiwan dengan kasar
7. Tidak memberi minum kepada haiwan tersebut
8. Menggunakan pisau yang tidak tajam

No comments:

Related Posts with Thumbnails