Waktu Solat

Thursday, October 14, 2010

SYIRIK


SYIRIK JALI (syirik yang nyata)
mempercayai adanya sesuatu yang setara dan setanding dengan Allah Ta'ala, kepadanya dipohon doa, kepadanya diadakan upacara penyembahan, dan ditakuti bala bencana daripadanya.

SYIRIK KHAFI (syirik yang tersembunyi).
Sesuatu kepercayaan, perkataan atau perbuatan yang menggambarkan wujud kekuasaan atau sebagainya selain Allah Ta'ala.

SENARAI AMALAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI
Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab baik atau buruk.
Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu selain daripada Allah.
Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
Melakukan pemujaan
Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada Allah.
Mengatakan: "Kalau tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan si polan dan si polan, tentulah tidak akan berjaya melakukan sesuatu ibadat atau daya usaha pengorbanan atau perjuangan bukan kerana perintah Allah semata-mata tetapi juga untuk kepentingan yang lain."

SYIRIK BAHAYA DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Rosak Akidah
Penghinaan Terhadap Kemanusiaan
Sarang Tahyul
Kezaliman Terhadap Kebenaran Dan Diri Sendiri
Sumber Ketakutan

Firman Allah:

Barangsiapa Mengharap Perjumpaan Dengan Tuhannya, Maka Hendaklah Ia Mengerjakan Amal Salih, Dan Janganlah Ia Mempersekutukan Seorang Pun Dalam Beribadat Kepada Tuhannya. (Al-Kahfi:10)

SEMOGA KITA SEMUA AKAN DILINDUNGI ALLAH DARI MALAPETAKA DAN KENISTAAN API NERAKA; MEMPEROLEHI KEBERUNTUNGAN DUNIA DAN AKHIRAT DAN MASUK SYURGA

No comments:

Related Posts with Thumbnails