Waktu Solat

Friday, October 22, 2010

Konsep Qadha Dan Qadar


1. Beriman dengan Qadha dan Qadar mengikut pandanganUlama ialah dengan memahami dua perkara iaitu memahami hak Allah sebagai al-Khalik ( Pencipta ) dan hak manusia sebagai makhluk.

2. Hak Allah sebagai al-Khalik ialah :

a- Meyakini bhw semua yg berlaku sama ada baik atau buruk adalah ketetapan yg telah tercatat di Luh Mahfuz lagi.
b- Meyakini bhw Allahlah yg mencipta segala sesuatu yg di langit dan di bumi.
c- Meyakini bhw semua yg berlaku adalah dgn kehendak Allah.
d- Melayaki bhw ilmu Allah meliputi segala sesuatu yg berlaku di alam maya ini.

3. Hak manusia sebagai makhluk ialah :

a- Meyakini bhw manusia dikehendaki beramal dan berusaha selama mana berada di muka bumi.
b- Meyakini bhw manusia mempunyai kemahuan dan pilihan terhadap perbuatan dan keputusan yg dibuatnya sendiri.
c- Meyakini bhw manusia akan dipertanggungjawabkan dihadapan mahkamah Allah atas segala perbuatan baik dan buruk hasil drp pilihannya sendiri.

4. Jika kita memahami konsep Qadha dan Qadar tersebut, ia akan mendidik diri utk sentiasa bersangka baik terhadap segala yg telah ditetapkan oleh Allah. Ia juga akan melahirkan rasa tenang dan redha dgn segala yang telah ditentukan oleh Allah tanpa keluhan tau rungutan.

5. Selain itu, ia akan mendorong kita utk berfikir menggunakan akal anugerah Allah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dlm membuat sebarang keputusan dan pilihan sepanjang hayat. Dgn kemahuan dan pilihan yg diberi, kita akan berusaha gigih memilih jalan-jalan kebaikan danmeninggalkan jalan maksiat dan sesat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails