






Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
10 laluan yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya
1. Laluan Menuju ke Kubur
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan terpengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada’ hajat dengan istibra (berak/kencing)
2. Laluan untuk Berjumpa Izrail
* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada’ yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala
3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir
* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati
4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan
* Belajar atau meng! ajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah
5. Laluan Memantapkan Amalan
* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat
6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim
* Kasihilah ailia’ Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka
* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram
8. Laluan untuk Memasuki Syurga
* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah
9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW
* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW
10. Laluan untuk Bertemu Allah
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya
Bagi kepasa sesiapa yang ini menyambut hari ibu, aku rasa dua tiga perkara kita kena timbangkan semula sewaktu menyambut “Hari Ibu” ni:-
Ni satu URL yang aku rasa baik juga untuk dibaca berkenaan “Hari Ibu” ni. Sila click. Mother’s Day From Islam Perspective Dan anda juga boleh membaca fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin dengan meng”click” setiap perkataan “Hari Ibu” dalam bebelan aku ini. Dan aku rasa kita perlu menyemak semula asal usul “Hari Ibu” ni.
Harap jangan ada sapa-sapa salah faham Cumanya ada beberapa perkara yang aku rasa perlu kita fikirkan semula atas dasar “Muslim” kita ini. Fikir-fikirkanlah..