GEORGETOWN: Polis menahan 14 pelajar termasuk tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Penanti, dekat sini, Khamis lalu kerana disyaki menjual dan menggunakan pil khayal.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub berkata semua mereka yang berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di sekolah berkenaan pada kira-kira jam 4 petang.
"Kesemua mereka mengaku mengambil pil khayal itu yang dibeli di farmasi di sekitar kawasan berkenaan. Kami sudah memaklumkan hal berkenaan kepada keluarga pelajar terbabit dan Jabatan Pelajaran Negeri," katanya pada sidang media di sini.
Ayub berkata, dalam serbuan hasil maklumat orang ramai itu, polis turut merampas dua pil jenis dextromethorpan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pil berkenaan diperoleh daripada seorang pelajar yang menjual purata 40 biji pil setiap hari kepada rakan-rakannya di sekolah itu dengan harga RM1 sebiji sejak dua bulan lepas. - Bernama
Sampai bila masalah ini harus berterusan. Apakah langkah yang berkesan yang perlu diambil sabagai mengatasi masalah ini? Adakah hukuman rotan perlu dijalankan semua di sekolah-sekolah? Jika hukuman ini dijalankan, dapatkan perlaksanaan hukuman rotan ini dapat mengatasi masalah remaja sekolah yang semakin meruncing.
Siapakah harus dipersalahkan? Siapakah yang perlu memikul tangungjawab ini? Adakah ibu bapa? Adakah masyarakat sekeliling? Adakah Pihak Penguat Kuasa?Adakah Pihak pemerintah? Atau akhirnya diri remaja itu sendiri yang akan dipersalahkan oleh semua pihak.
Renung-renung dan fikir-fikirlah......... sampai bila perkara ini harus berlarutan.
No comments:
Post a Comment