"Orang-orang yang apabila telah Kami berikan kedudukan yang kukuh di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allah jua akibat segala urusan."
Ayat ini menyatakan perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh pemerintahan Islam.
- Mendirikan sembahyang. Iaitu melakukan hubungan yang kuat di antara masyarakat Islam dengan Allah SWT.
- Memberi zakat. dengannya diberi perhatian kepada masalah ekonomi dan pembahagiannya yang adil.
- Menyeru kepada yang makruf. menyebarkan kebaikan dan melakukan islah dalam masyarakat.
- Mencegah kemungkaran. memerangi segala bentuk kejahatan. penyelewengan, kezaliman dan maksiat.
Pemerintah yang begitu rupa memerlukan orang yang benar-benar layak, adil dan soleh, mempunyai persediaan ilmu, amal dan peribadi yang mulia.
1 comment:
Hati-hati dengan Istilah Pemerintahan Islam ..dengo di puak2 sekular tu... La ni boleh dikatakan ramai yg membicarakan psl Negara Islam .. kalu geng tok dinamakan Daulah ..sesetengahnya cukup le jadi Negara Islam Hadhari...ada yg nak Negara Islam Sekular yg Moden ... dan hati2 dengan Hizbul Tahrir dengan cita2 Khilafah Islamiah...kita tengok sape yg kena...
Post a Comment