Waktu Solat

Tuesday, April 21, 2009

Selamat Hari Ibu dan Selamatkanlah Ibu.

Mengapa kita perlu menunggu " Hari Ibu " baru kita hendak menyayangi ibu? Kiat tidak perlu menyambut hari ibu yang kita sendiri tidak tahu asal usul dari mana datangnya sambutan hari ibu ini. Adakah ianya sama dengan sambutan hari kekasih? Kita jangan mudah terpengarun dengan pengaruh yahudi yang sentiasa ingin menyesatkan umat Islam.

Sayangilah ibu anda setiap masa selagi ada hayat kita. Berdoalah kepada ibu bapa kita setiap hari, tak perlu lagi kita menunggu hari-hari tertentu untuk menyayangi ibu bapa kita.

Bagi kepasa sesiapa yang ini menyambut hari ibu, aku rasa dua tiga perkara kita kena timbangkan semula sewaktu menyambut “Hari Ibu” ni:-

  • 1- Siapa yang mula mengkhususkan satu hari untuk perayaan “Hari Ibu” ini?
  • 2- Kenapa kita juga merayakan “Hari Ibu” ini?
  • 3- Atas dasar apa kira mengikut budaya orang lain merayakan “Hari Ibu” ini?
  • 4- Kenapa mesti satu hari saja “Hari Ibu” dan bukan setiap hari adalah “Hari Ibu”?
  • 5- Siapa yang sibuk-sibuk berkempan membudayakan “Hari Ibu” ni sampai kita pun sibuk-sibuk menyambut “Hari Ibu” ni sampai tak sempat nak kasi pertimbangan akal?
  • Ni satu URL yang aku rasa baik juga untuk dibaca berkenaan “Hari Ibu” ni. Sila click. Mother’s Day From Islam Perspective Dan anda juga boleh membaca fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin dengan meng”click” setiap perkataan “Hari Ibu” dalam bebelan aku ini. Dan aku rasa kita perlu menyemak semula asal usul “Hari Ibu” ni.

    Harap jangan ada sapa-sapa salah faham Cumanya ada beberapa perkara yang aku rasa perlu kita fikirkan semula atas dasar “Muslim” kita ini. Fikir-fikirkanlah..

    Sayangilah Ibu ........

    No comments:

    Related Posts with Thumbnails