Waktu Solat

Sunday, April 5, 2009

CIRI-CIRI PEMIMPIN ISLAM

1. Islam - Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana Islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam;
2. Adil - Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam, ekoran betapa pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak di muka buminya ini. Sebagiman syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam;
3. Ilmu - Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian.Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.
4. Melaksanakan hukum Allah.
5. Tidak berlaku zalim.

Beginilah sahsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini. Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah di atas bumi ini.

Sebagai renungan untuk kita semua, kewajipan menegakkan hukum Allah di muka bumi Allah s.w.t. ini adalah satu kewajipan yang mesti dipikul oleh semua umat Islam. Maka, marilah kita sama-sama bangun dari tidur yang lena di atas tilam ’momokan pembohongan’ yang diwar-warkan oleh mereka yang bertopengkan Islam. Islam mesti ditegakkan di bumi Allah s.w.t. ini. Bersama-samalah kita tekadkan azam dalam menegakkan Islam yang suci ini di muka bumi Allah s.w.t. sebagai satu ad-deen yang syumul,

Allahhu Akbar!

No comments:

Related Posts with Thumbnails