Waktu Solat

Thursday, April 16, 2009

Hargailah Isteri anda

Mulianya seorang isteri di sisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami
dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri

mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap
diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati

tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,

Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah
izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran
siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,

semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra
yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi
berjemaah di masjid atau ke majlis
ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia
dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu

(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan
hati lelaki untuk disayangi.

2 comments:

Tok Malau ... said...

dan... sambungan dari atikel hang ... jika si isteri yang telah mendapat pahala berganda-ganda atas kesolehahannya .. maka eloklah dipayungi dengan payung emas.... cara nak dapat payung emas itu ...hendaklah dengan tulus ikhlas mencarikan 'madu ' untuknya dan dihadiahkan kepada suami tersayangnya.... he he...

Aku Harubiru said...

tok kalau bab ni memang handal. TTp banyak isteru tak mau payung emas.

Cucu cicit nak tunggu payung emas tok dulu

Related Posts with Thumbnails