Waktu Solat

Wednesday, April 22, 2009

Kalau kite .......

Kalau kita malas nak zikir, Malas lagi kita nak solat.
(Mestilah, dah zikir pun malas, apatah lagi nak sembahyang!)

Kalau kita susah nak hormat ibu ayah, Susah lagi untuk kita nak hormat Allah.
(Tak percaya? Cuba fikir, mak ayah pun kita tak reti hormat, macam mana nak hormat Allah, Tuhan Pencipta Alam ini?)

Kalau kita malas berpuasa, Malas lagi kita nak pergi berperang untuk Islam.
(Betullah! Kenapa? Sebab puasa sehari pun kita sudah tak tahan, macam mana nak berperang yang amat memerlukan kekuatan dalaman?)


Kalau kita susah dan lambat melunaskan hutang kita sesama manusia, Untuk apa kita berhutang dengan Allah.
(Contohnya tinggal solat, puasa, zakat dan macam-macam lagilah! Tak ke namanya hutang dengan Allah itu?)

Kalau kita tak mahu memaafkan orang lain, Allah lagi tak ingin nak ampunkan kita!
(Ampunkanlah sahabatmu, sedangkan nabi sendiri ampunkan ummatnya yang beribu!)

Kalau kita jauhkan diri kita satu langkah dari Allah, Allah meninggalkan kita seribu langkah jauhnya.
(Fikirlah sendiri!)

Kalau kita membenci Islam, Cuba fikir balik, Macam mana kalau Allah benci kita, meluat dengan kita?
(Fikir dahulu sebelum buat!)



Sesungguhnya beruntung mereka yang amalnya ikhlas kerana Allah, sehingga dia selamat dari tujuan selain Allah dan terjauh dari motof duniawi


IMAN bukan untuk diwarisi tetapi perlu dicari

No comments:

Related Posts with Thumbnails