Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."
Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
5 comments:
en3 ni yg paling tok suka...peeh..sunnah Nabi..hang tau psl pe Ar Rasul galakkan poligamai..sbb kejayaan berpoligami adalah lambang ciri seorang pemimpin yg berjaya...kerana bijak dan 'jantannya' mengemudi 4 rumahtangga maka kebijaksanaan dan kewibawaannya sebagai pemimpin yang unggul... ayuh sape nak jadi pemimpin cepat2 poligami... tolong carikan tok 2 org sekali k
tok kalau bab ni mesti cepat komen... bagus!!!!
er..er...tok ker tu yg berkata2? hehehe
mama baru jer baca satu article tntg poligami ni... dan mama tertarik ngn soaljwab yg disentuh dlm article tu... nk citer kat sini mmg tak cukup page... tapi mama cuma nk kata... poligami ini dihalalkan dan siapalah kita yg nk mengharamkannya...dan lelaki yg berjaya dlm hidup berpoligami ini adalah lelaki hebat kerana suasana r/tngganya mampu menjadikannya sbg satu mini komuniti masy kpd anak2nya....mereka belajar hidup bermasyarakt dr awal lg... malangnya pelaksana yg hebat itu tidak diwar2kan... malah yg gagal itulah yg dicanang.. hingga menampakkan pincangnya poligami itu disamping pengamal yg hidup berlandaskan nafsu dari iman... nk minta dmadukan mmglah tidak sekali tp kalo dh terkena apa yg leh dikatakn lg.. selain dr redha, jlnkan t/jwb sbg isteri sebaiknya dn percaya bhw ada manis disebalik apa yg berlaku...sbb tu lah..nk syg..syglah Allah sepenuhnya...drp mengharapkan syg sesama manusia..Allah takkn menghampakan kita..tp manusia mmg sudah pasti... tu jer yg mama nk kata.. tok or harublues nk komen?
Sesungguhnya dalam bab ni.. harubiru tak le nak komen sangat. Apa yang dihalalkan oleh Allah itu sebenar baik dan apa yang di haram oleh Allah sesuatu itu sudah tentunya tidak baik untuk manusia.
Masalahnya seperti yang mama katakan tu betul. Kita selalu melihat sesuatu itu banyak buruk daripada baiknya.
sensitif ya bila tiba bab ni... hehe..leh menyentuh perasaan dan jiwa...
Post a Comment