Akhirnya Nabil telah membuat kenyataan akhbar berkenaan aksi spontannya memeluk Irma Hasmie sewaktu diumumkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2008. Di bawah adalah lebih kurang pengakuan Nabil:-
" Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang."
Aku sebenarnya bukan tengok sangat rancangan ABPBH 2008 baru-baru niii. Apa yang aku nak komen adalah aksi Nabil memeluk Irma Hasmie ni. Banyak pihak menyalahlan Nabil tetapi apa yang hendak aku katakan ialah adakah memeluk seseorang yang bukan mahram diluar lakonan itu salah manakala dalam lakonan itu tidak salah.
Kita sering menonton adegan para pelakon kita memeluk pasangan mereka yang bukan mahram di dalam filen atau pun drama malah ada juga adegan yang tidur di atas katil. Adakah ini tidak salah? Setahu aku, bersalaman dengan seseorang yang bukan mahram kita pun sudah haram apatah lagi berkelakukan yang lebih daripada itu.
Aku bukan hendak menyokong perbuatan Nabil itu, apa yang aku sokong ialah kebenaran agama Islam itu sendiri. Bagi aku perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita.
Apa yang penting...... bukan kerjasama bak kata wonder pets tetapi perlaksanaan Hukum Islam yang dapat menyelamatkan umat manusia.
No comments:
Post a Comment